Wednesday, March 30, 2011

QADA' DAN QADAR (JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR)

Emmm lama dah tak menulis n mengupdate blog ni bukan pe bz sangat dengan kerja huhhuhu tp baru2 ni huby tgk blog n dia nampak blog aku ada ramai pengunjung dr luar ng. pun ada tgk heheheh tetiba huby ckp "ayg, ayg kn update blog la. kn keluarkan isu baru"  wah br semalam la aku dgr huby menyokong penuh penulisan aku heheheh tp sebenarnya huby dah lama menyokong cuma tak tunjukkan jer heheheh. Love u huby! muahssss

Em aku sbnrnya nak bercerita tentang beberapa kes yang aku uruskan dan sebenarnya ada melibatkan kehidupan serta dalam pekerjaan jugak. Emmm aku hairan la dengan org2 zaman sekarang ni suka sangat menunjukkan kebesaran dan bangga diri. Kalau diri tu bagus ok lg ni kerja pun mcm apa tp ada hati nak mempertikaikan dan mengutuk org lain. Dengan kata lain aku sebenarnya kesian jugak tgk anak bini mereka, kerana ada yang sanggup membelakangkan keluarga terutamanya isteri dengan suka-suka mengoda perempuan dan bangga kerana mempunyai "makwe" lain. kenapa mereka2 ni sanggup agaknya buat anak bini mcm tu ya. Nauzubillah mintak dijauhkan dari ahli keluarga ku. Em walaupun pekara-pekara yang berlaku ni berlainan, namun intipatinya ttp sama. mereka menggangap dah "TAKDIR" kemana laripun atau apa pun yang dilakukan katanya tak blh diubah kerana dan Allah S.W.T dah takdirkan begitu.

saya ada merujuk pada ustaz berkaitan pekara ini, saya juga ada membuat kajian melalui buku2 rujukan dan tafsir Al-Quran menyatakan pekara dan fahaman bergini adalah salah. Kita sendiri hendaklah memahami apa itu Qada' dan Qadar dan bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan seseorang itu.

 JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan. 
IBLIS
Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.
Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!
TAKDIR DAN IMAN KITA
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.
Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."
TAKDIR MENGATASI TADBIR
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.
Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.

Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
CARILAH HIKMAH DI SEBALIK KETENTUAN
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
APA KHABAR IMAN ANDA?

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
BERPEGANG KEPADA QADA’ DAN QADAR.
Qada’ bermaksud penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah di azali terhadap sesuatu yang ada dialam ini. Qadar pula bermaksud bahawa segala apa yang ditetapkan / ditentukan oleh Allah pasti akan berlaku dengan tepat dan pasti. Setiap mukmin wajib menyakini Qada’ dan Qadar ini sebagai satu daripada rukun iman. Apa yang berlaku keatasnya adalah tidak lari dari ketentuan Allah.Dengan berpegang sepenuhnya kepada konsep Qada’ dan Qadar, maka akan lahir sikap seimbang, neutral, bertolak-ansur, sabar dan berani membuat keputusan dan bertindak. Hidup pula akan lebih bahagia dan harmoni. Namun, seseorang mukmin wajib yakin bahawa konsep Qadar (takdir) bukan suatu yang sudah muktamad di sisi Allah. Ada penentuan yang masih menerima perubahan dengan kudrat-Nya.Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran surah ar-ra'ad ayat 39 " Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki dan juga menentukan apa yang dikehendaki. Dan disisi-NYA ada ibu suratan." Hadith Rasulullah ada menjelaskan bahawa berubahnya Qada' dan Qadar ialah dengan doa dan amalan yang baik. seperti contoh dengan bersedekah yang ikhlas dapat memanjangkan hayat seseorang itu. So segalanya adalah datang dari Allah namun kita berhak memintanya dan bermohon kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-NYA. Wallahhualam....

Thursday, March 17, 2011

WHEN I CAN REST N RELAX

Huhuhuhu i'm so tired work when can i have my rest n relax my mind huhhuhuuu. lama sudah tak meluangkan masa dengan huby. huby i miss u very muchhhh!!!! huhuhuu nak cuti nak, nak cuti, nak cuti huhuhhuhu sambutan ulang tahun perkahwinan pun tak sempat nak buat cos masing2 bz sangat kerja huhuhuhu. hal2 rumahtangga jgn ckp la huhuuhu cm naik antar jer baju2 ke dobi huhuhuhu plzzzzzz i need some space huby jom kita bercuti jom huby. Seriously i'm getting tired with this situation huhuhuhu huby!!!!! nak buka fb n blog pun tak sempat huhuhuhu. nak balik kg apatah lagi huhuhuhu. kerja-kerja bilala nak abis ni!

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3!

Syukur Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku n huby hidup bersama. segalanya indah & manis. Sempena ulang tahun ni aku ada buat satu video klip khas untuk mr huby heheheh nak g bercuti tak boleh cos masing2 tengah bz. Pas2 ni la baru rancang nak cuti huhhuhu lagipun my mother tak chat dekat kg lek nu huhuhu ari tu masuk wad masuk darah cuak gak. Tapi call abah n abg ckp everything ok jd kami pun tak la susah hati sangat. emmm abg ipar aku pun masuk wad sampai dah kuar tak dapat2 tgk huhuhuhu katanya teruk jugak tu la nak kn plan bebaik. lapun sepupu aku punya majlis kawin wat dkt kg aku membesar dulu2 pun sori la yer Khalid aku tak dpt g huhhuhu ada program n kerja yang tak dapat dielakkan. ko mesti pahamkan sbb ko polis heheheh klu dah tugas wat cm ner pun tak dapat lari kan huhuhuhu. Btw dah melarat pulak aku ni hahhah tu la bila dah lama tak menulis akan dtglah sawan menulis aku ni hahhahah. aku nak upload movie yg aku hadiahkan utk huby aku. movie ni dibuat dengan kasih syg dan dr dalam hatiku seikhlasnya. I mean it, word by word ok huby! semoga perkahwinan kita kekal keakhir hayat.